Time flies

Jangan tanya kenapa lama hilang. Saya pun tak tahu macam mana setahun boleh berlalu sekelip mata.
I guess setahun kot menghilang. Ada je geng jangan risau. hanya menjalani kehidupan yang seperti roda.

ok lah saya jujur saya rasa nak menulis blog ni sbb saya keseorangan dalam office and hati saya sedang tidak baik2 , lagu galau menguasai ruangan office saya. diri sendiri yang mintak nak sedih2 ni.

Office? ye office. saya dah bekerja. saya bukan pelajar lagi, saya bukan lagi budak yang kesunyian tiada kawan di alam universiti, saya bukan lagi budak yang masih teringatkan first love zaman sekolah menengah. Saya dah Graduate bulan 11 tahun lepas. Dan dalam beberapa minggu lagi saya dh kira setahun saya bekerja sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat klinik, daerah sebelah. saya tak kerja dalam daerah saya. tapi daerah sebelah sokey 30min je dari rumah.

Sorry tak update. rasa mcm bnyk sngt bnde yang tak sempat untuk dikongsi, last post psl hbis intern kn.
so saya smbung lah lepas habis intern tu saya cari kerja , saya nak cari pendapatan. saya nk kumpul duit kawin dan segala yang saya inginkan. dengan apa yg ada dalam diri saya even tak sempurna saya apply dalam bidang pemasaran "content creator" , sound like social punya pekerjaan kan, yaa... as a introvert person. ianya sangat melelahkan, but sampai bila. sampai bila mish erah nak duduk dalam anxiety tu.

Hari demi hari misherah belajar bersosial, berkawan, bercakap, berhubung dengan orang, hadap situasi cemas dan semua lah, dia belajar dan dia masih belajar smpai sekarang. Dia sentiasa berusaha walaupun dia menangis dalam hati jela psl keje ni, I have try my best guys. 

ok bukan senang tau nak dpt kerja ni first kene panggil interview tu ada la dalam 4 candidate lain yang interview hari pertama, tak berharap tapi saya cuba buat yang terbaik masa interview tu , orang kata kita kene tunjukkan semangat. keesokan hari nya, saya dapat panggilan lagi untuk interview kali kedua, kalini kat bandar jauh , mula2 saya tolak sebab tiada kenderaan , dan dia kata if tolak xkn dipanggil dahla, pstu saya minta pertolongan abah saya hantar, dan Alhamdulillah dapat pergi.

Interview kali kedua tu saya sorang2 je, bos yang interview tu seram, saya hampir berkaca takut, dasar misherah penakut hahahah.

Lepastu saya diterima, dan yahh dah setahun disini. Makin hari kerja makin banyak, macam2 bertambah, macam2 idea , macam2 yang nak dibuat dengan masa yang singkat dan berlalu dengan cepat sekali.

So... untuk posting kalini cukuplah sampai saya dah setahun bekerja, dan saya cuma teringat waktu saya struggle cari kerja intern pun dihina, yang paling penting ape?? ingat dok? Berdoa, berharap, yakin , usaha, niat. Allah ada , Allah tahu, Allah nampak , teruskan usaha kalau ada yang mencari kerja, saya tahu susah, dengan pekerjaan yang jarang nk ada kekosongan yang sesuai dengan diri @ bidang kita ni.
But if korang dh dapat bersyukurlah ada yang masih usaha di luar sana.

itu sahaja Assalamualaikum, ada rezeki mish sharing2 lagi tau <3 Have a nice day semua

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Intern Yang Menyakitkan Hati

Baru nok rajin post 2025